SANDAKAN: Polis bandar ini menahan seramai 13 lelaki dan seorang wanita dalam Ops Dadu di sebuah rumah Flat di bandar Ramai-Ramai petang 1 Mei lepas.
Kesemua mereka di tahan berusia antara lingkungan 40 hingga 60 ketika asyik bermain judi jenis ‘pasar malam’ di rumah flat yang terletak kira 3 kilometer dari pusat bandar ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah, ACP Rosli Mohd Ali yang mengesahkan kejadian berkata polis sedang menjalankan siasatan rapi berhubung kegiatan berkenaan.
Katanya kesemua yang ditahan telah di bawah ke balai polis untuk siasatan berhubung kegiatan perjudian dan tindakan lanjut.
Bertindak atas maklumat orang ramai, polis dari bandar ini telah menyerbu kediaman di tingkat 2, itu pada jam 6,20 petang ketika cuti hari pekerja.
Bagaimanapun ketika pemeriksaan dilakukan polis menjumpai peralatan bermain judi yang dikenali sebagai permainan judi pasar malam di kediaman berkenaan.
Polis kemudian menahan ke semua mereka yang disyaki sedang bermain judi dan merampas peralatan permainan judi haram itu untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment