Pages

Saturday, March 28, 2009

SEKILAS - MALAYSIAKINI

Nik Aziz selar lagi perokok

KOTA BHARU (Kelantan): Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam berkata umat Islam yang cuba menonjolkan ke-Islaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Datuk Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. -- Bernama.

Kes Speaker DUN Perak 28 Mei

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 28 Mei ini untuk mendengar permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Encik V. Sivakumar, dan enam yang lain dalam usaha mereka mendapatkan kebenaran mengisytiharkan kekosongan DUN Beharang, Changkat Jering, dan Jelapang, bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

Pada 10 Mac lalu, Encik Sivakumar telah memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini untuk mendapatkan perintah supaya tiga DUN itu diisytiharkan kosong agar satu pilihan raya kecil dapat diadakan. -- Utusan Malaysia.

Suspek larikan Porsche ditangkap

SHAH ALAM: Polis Selangor berjaya menahan dua suspek yang dipercayai terbabit melarikan kereta Porsche milik kerabat diraja Kelantan di Puspakom Glenmarie pada 2 Mac lalu.

Penangkapan itu bagaimanapun tidak membuahkan hasil yang diinginkan kerana kereta berkenaan belum lagi ditemui, kata polis semalam. -- BHM.

No comments:

Posting Terkini