JAKARTA: Indonesia memerlukan 20 tahun lagi untuk membasmi rasuah di semua peringkat pemerintah walaupun banyak kemajuan telah dicapai, kata ketua antirasuahnya, Encik Antasari Azhar.
Beliau pengarah Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia (KPK), antara segelintir institusi bersih di Indonesia.
Nama baik KPK semakin menonjol dengan 100 peratus kadar pendakwaan rasuah di mahkamah.
Walaupun KPK mencatat kejayaan, rasuah masih lumrah daripada peringkat atas hingga bawah, kata Encik Antasari dalam satu wawancara dengan AFP di ibu pejabat KPK di Jakarta.
'Jika keadaan berterusan begini, dan kami terus berusaha, saya rasa kamia memerlukan masa 15 hingga 20 tahun untuk menjadikan Indonesia sebuah negara bebas rasuah,' kata beliau.
Jika 'dasar-dasar tidak dilemahkan atau diubah', Indonesia 'pada minimumnya akan mencapai 60 hingga 70 peratus' bebas daripada rasuah pada waktu itu, katanya.
Antara kejayaan KPK ialah hukuman penjara ke atas pengarah Bank Indonesia (BI), Encik Burhanuddin Abdullah, dan dua lagi pegawai bank itu berhubung penggelapan dana 100 bilion rupiah ($12.8 juta).
Empat timbalan gabenor BI, termasuk bapa mentua anak lelaki Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, pula sedang dibicara berkaitan kes itu.
Namun, KPK dikritik kerana gagal menangani banyak kes dan meredakan tindakannya kebelakangan ini.
Kumpulan antirasuah juga menonjolkan kelemahan di luar kuasa KPK, termasuk kemenangan anak bongsu Allahyarham presiden Suharto, Hutomo Mandala Putra, dalam kes rasuah AS$400 juta ($610 juta) yang dikemuka pejabat Peguam Negara.
Ia menunjukkan golongan elit masih boleh bebas daripada hukuman. -- AFP.
Thursday, February 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment