Thailand sekat laman hina raja
BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand telah menyekat akses kepada 2,300 laman web yang didakwa menghina Raja Bhumibol Adulyadej, kata kerajaan semalam.
Kerajaan juga sedang menantikan kelulusan mahkamah bagi menyekat akses bagi lagi 400 laman web. -- AFP.
'Agensi rasmi sokong serangan'
NEW DELHI: Perdana Menteri India, Encik Manmohan Singh, berkata serangan di Mumbai pada November lalu disokong 'beberapa agensi rasmi' di Pakistan.
'Terdapat cukup bukti untuk menunjukkan bahawa dengan kerumitan dan kejituan aspek ketenteraan serangan itu, ia sudah tentu mendapat sokongan beberapa agensi rasmi di Pakistan,' katanya pada sidang media di sini semalam. -- AFP.
Pecat pramugari terlalu gemuk
NEW DELHI: Syarikat penerbangan Air India telah memecat 10 pramugarinya kerana 'terlalu gemuk'.
Kakitangan itu, yang tidak dibenarkan bertugas di atas pesawat sejak dua atau tiga tahun lalu, dikatakan telah diberi cukup masa untuk menguruskan badan. -- Reuters.
Keputusan izin murtad diteliti
GEORGETOWN: Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang menangguhkan sehingga hari ini untuk mendengar rayuan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang Mei lalu yang membenarkan seorang wanita keluar Islam.
Ia membabitkan kes Siti Fatimah Tan Abdullah, 39 tahun, atau nama sebenarnya Tan Ean Huang, keluar daripada agama Islam. Wanita itu tidak mengamalkan ajaran sejak memeluk Islam pada 25 Julai 1998. -- BHM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment