Pages

Thursday, January 15, 2009

RM3 Bilion Lagi Bagi Modal Kerja Maybank

KUALA LUMPUR, 15 Jan -- Malayan Banking Bhd (Maybank) akan menjana tambahan RM3 bilion bagi modal kerja menerusi program penjanaan modalnya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar hari ini.

Katanya bank itu telah menyatakan bahawa jumlah keperluan penjanaan modalnya ialah RM12 bilion.

"Kami setakat ini telah menjana RM9.1 bilion. Baki kira-kira RM3 bilion akan kami jana melalui pelbagai opsyen," kata Abdul Wahid semasa mengulas sama ada terdapat keperluan untuk menjana lebih banyak modal.

Sejumlah RM9.1 bilion yang dijana sebelumnya datang daripada program penjanaan modal Tingkat 1 dan Tingkat 2.



No comments:

Posting Terkini