KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, semua bakal pengantin akan diwajibkan menjalani ujian saringan Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang akan dikuatkuasakan di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS, di Parlimen hari ini berkata, saringan itu adalah sebahagian daripada kursus pra perkahwinan.
Katanya langkah itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV terutamanya kepada wanita yang kini menunjukkan peningkatan.
"Tahun depan, kita akan mewajibkan semua negeri untuk mewajibkan saringan HIV yang jadi sebahagian daripada kursus pra perkahwinan," katanya kepada pemberita.
Sebelum ini, hanya beberapa negeri yang mewajibkan bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan menjalani saringan HIV.
Antara negeri yang telah mewajibkan saringan HIV ialah Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Selangor dan Kelantan.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, ujian saringan HIV hanya diwajibkan kepada mereka yang beragama Islam sahaja.
Peraturan itu tidak membabitkan kalangan bukan Islam, katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen. BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment