LIMA 22 NOV. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan krisis kewangan global yang melanda dunia sekarang lebih buruk daripada kegawatan ekonomi 1997 kerana ia menjejaskan keupayaan Malaysia untuk mengeksport lebih banyak produknya ke negara-negara lain.
“Negara-negara maju terjejas teruk kerana krisis sekarang dan akibatnya peluang untuk kita mengeksport (produk-produk) turut terjejas,” kata Najib pada sidang akhbar di sini semalam. Beliau berada di ibu kota Peru ini untuk menyertai sidang kemuncak tahunan pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Hari ini Najib mengambil bahagian dalam dialog Majlis Penasihat Perniagaan APEC dan beliau telah diminta oleh APEC untuk menghuraikan perbezaan antara kegawatan 1997 dan krisis kewangan global 2008 berdasarkan pengalaman Malaysia.
- Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment