KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan pengarah Tenaganita Sdn Bhd Irene Fernandez dari hukuman penjara 12 bulan setelah mengenepikan sabitanya atas kesalahan menerbitkan denga niat jahat satu berita palsu pada 1995.
Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Shamsul Sulaiman memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak mencabar rayuan Fernandez agar pensabitannya itu dan hukuman yang dikenakan terhadapnya diketepikan berdasarkan alasan bahawa rekod rayuan tidak jelas.
Katanya langkah tidak mencabar rayuan itu dibuat demi keadilan dengan mengambil kira bahawa terdapat kesilapan pada rekod nota prosiding Mahkamah Majistret.
Sebaik mendengar keputusan mahkamah, anggota keluarga dan rakan-rakan Fernandez bertepuk tangan.
Fernandez, 62, dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 16 Okt 2003 kerana didapati bersalah menerbitkan satu memorandum bertajuk "Abuse, Torture and Dehumanised Treatment of Migrant Workers at Detention Camps" (Penderaan, Penyeksaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Pekerja Pendatang Asing di Kem Tahanan).BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment