KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said meminta kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Negerinegeri supaya tidak mempolitikkan perkara berhubung pemasangan papan tanda pelancongan kerana ia adalah di bawah tanggungjawab kementerian itu.
Azalina berkata pemakaian bahasa-bahasa tertentu pada papan tanda pelancongan adalah cara terbaik bagi membolehkan pelancong memahami produk pelancongan tertentu di negara ini.
"Jikalau kita menganggap jalan itu kita letak dalam pelbagai bahasa kononnya dapat menarik pelancong bagi saya itu adalah pemikiran yang begitu cetek, sebab pelancong tidak akan faham apa maksud jalan itu jika diletakkan dalam pelbagai bahasa seperti Jalan Alur dalam Bahasa Cina, India dan Arab.
"Apa yang pelancong mahu ialah kita letakkan papan tanda yang mempunyai pelbagai maklumat, sejarah dan latar belakang sesuatu tempat dalam pelbagai bahasa, sebab pelancong bila dia pergi ke sebuah negara dia nak mengetahui produk apa yang kita tawarkan kepada mereka," katanya menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) berhubung mempopularkan jalan-jalan tertentu, dalam pelbagai bahasa, seperti Melaka Jonker Street dan Heeren Street, sebagai satu tapak sejarah. Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang berkata Kementerian Pelancongan mengakui antara cabaran pelancongan adalah menawarkan produkproduk yang baru supaya pelancong sering berkunjung kembali ke negara ini. "Itu sebab Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) kemudian diperkembangkan pelancongan perubatan, kemudian juga diperkembangkan secara agresif pendekatan pelancongan eko yang hendak diwujudkan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).
Azalina berkata Kementerian Pelancongan mengambil pendekatan mempromosi negara secara agresif memandangkan negaranegara lain turut mengadakan pendekatan yang sama.
"Kita melihat pendekatan yang perlu kita perhebatkan adalah terarah kepada pelancongan eko dan membentuk kemudahan konvensyen dan pameran sebagai pendekatan yang baik," katanya.
Sebelum itu, Azalina berkata antara tarikan yang dikenalpasti dan dipromosikan di Perak adalah seperti Gua Gendang, Gua Badak, Air Terjun Lata Kekabu, Tasik Banding, Tasik Temenggong, Tasik Raban, Muzium Arkeologi Lenggong dan masakan serta makanan ikan pekasam Tasik Raban.
Beliau menjawab soalan Shamsul yang inginkan penjelasan mengenai peruntukan khusus membangun tempattempat tarikan pelancongan berasaskan alam semulajadi dan warisan di Perak seperti daerah Hulu Perak termasuk Lenggong. BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment