Pages

Tuesday, October 14, 2008

Krisis Kewangan Dalam Industri Penerbangan Lebih Buruk

KUALA LUMPUR, 14 Okt-- Krisis kewangan semasa yang melanda dunia, pastinya akan menjejaskan industri penerbangan dengan lebih teruk berbanding krisis bahan api, kata Prinsipal Pakar Pengangkutan Udara Bank Dunia, Charles E. Schlumberger.

"Kos bahan api semakin turun sekarang dan dengan krisis kewangan semasa, pengguna mempunyai jumlah wang yang kurang untuk dibelanjakan untuk tambang udara dan oleh itu syarikat penerbangan akan menghadapi lebih banyak kekangan untuk membiayai perniagaan mereka.

"Masalah bahan api akan kembali apabila perniagaan kembali rancak," katanya kepada Bernama sempena Forum Routes KL 2008 yang dihoskan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd.

Schlumberger berkata krisis itu tidak sahaja menjejaskan syarikat penerbangan besar, malah syarikat penerbangan tambang rendah, dan menambah hanya yang memiliki rizak kewangan yang kukuh sahaja akan dapat menangani krisis itu.

"Sudah pssti lebih banyak akan muflis. Setakat ini 28 syarikat penerbangan sudah muflis," katanya.

Schlumberger juga berkata lebih banyak syarikat penerbangan bercadang menukar kepada biofuel.

"Dunia perlu membangunkan kapasiti dalam biofuel dan bahan api alternatif lain kerana dunia mungkin berada pada puncak dalam kos pengeluaran bahan api.

"Kita tidak boleh menghasilkan biofuel semalaman. Anda perlu infrastruktur, sistem pengedaran dan pengesahan untuk pesawat. Wujud implikasi yang lebih besar," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini