Pages

Thursday, October 23, 2008

77 ahli Parlimen sokong usul ISA diberi keutamaan

KUALA LUMPUR: Seramai 77 ahli Parlimen menyokong supaya usul yang berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diberi keutamaan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berkata usul tersebut perlu diberi keutamaan dan melalui segala urusan rasmi kerana isu yang berkaitan dengannya dilihat begitu penting untuk dibahaskan.

"Kita dapat sokongan, ini adalah peringkat pertama untuk dapatkan tandatangan.

"Semua ahli Palimen tersebut termasuk seorang daripada Barisan Nasional (BN), dua (Bebas) dan 74 (Pakatan Rakyat)," katanya.

Usul yang berkaitan dengan ISA telah dikemukakan oleh Teresa Kok (DAP-Seputeh) supaya akta tersebut dibahaskan dan dimansuhkan berada pada kedudukan ke-43 senarai aturan urusan mesyuarat dan usul-usul.

mstar

1 comment:

Unknown said...

Kita tengok nanti apa dalih pendekar yang tak mulia untuk mengelak dari dibahaskan.

Manusia yang menyokong ISA adalah manusia yang tidak berhati perut.

Posting Terkini