Pages

Sunday, July 15, 2012

Bekalan air dicatu meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

RUSLAN Hasan (dua dari kiri) mengagihkan bekalan air mineral kepada penduduk 
Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Masalah bekalan air bersih yang dihadapi oleh lebih sejuta penduduk di sekitar Lembah Klang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak sebulan lalu kini bertukar menjadi krisis apabila mereka bakal berdepan catuan secara besar-besaran dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan (gambar kecil) berkata, catuan tersebut melibatkan sebanyak 209,678 pemegang akaun terdiri daripada pemilik kilang, kedai dan rumah.

Catuan tersebut membabitkan empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Klang dan Hulu Langat.
Bagaimanapun, katanya, Syabas akan mengemukakan cadangan itu terlebih dahulu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada minggu hadapan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.
"Kita terpaksa mengambil langkah ini kerana paras air di beberapa kolam utama atau Loji Rawatan Air (LRA) turun secara mendadak akibat peningkatan permintaan oleh pengguna.
"Keadaan jadi tambah buruk apabila jumlah rezab bekalan air bersih di LRA sedia ada kurang dua peratus berbanding minimum 20 peratus yang ditetapkan.
"Sebenarnya krisis bekalan air telah mula melanda negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,'' katanya.- 
Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (Splash) and Konsortium ABASS.
Orang ramai berkunjung ke empangan Xiaolangdi di sini untuk menyaksikan air daripada empangan dilepaskan bagi membersihkan Sungai Kuning yang penuh endapan dan untuk mencegah banjir berlaku di bandar Jiyuan di wilayah Henan, tengah China ini. Dalam gambar yang dirakamkan kelmarin, orang ramai dilihat ... 
Dalam perkembangan lain, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sudahpun memulakan usaha-usaha pemuliharaan ini dengan membuat pemantauan berkala dan penguatkuasaan khususnya kepada sisa buangan dari tapak ...
"Kerajaan Pakatan Rakyat hari ini terpaksa berhadapan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang terlampau jika Kerajaan Negeri mahu mengambilalih pengurusan air Selangor yang bertujuan ...

No comments:

Posting Terkini