Pages

Monday, April 4, 2011

Polis ganggu ceramah Anwar di Sarawak kali ketiga berturut-turut

SARAWAK: Polis terus menjadi alat dan perkakas Barisan Nasional apabila bertindak menghalang ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Betong, Sarawak, menjelang pilihan raya negeri itu 16 April ini.
Ini adalah kali ketiga polis mengganggu ceramah Ketua Umum KEADILAN itu selepas melakukan perkara yang sama pada dua program yang dihadiri Anwar di DUN Semariang dan Satok minggu lalu.
Betong merupakan kubu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

Ceramah itu yang diadakan di medan selera terbuka di situ, bermula dengan lancar apabila pemimpin KEADILAN, termasuk empat calon memberikan ucapan kira-kira lebih sejam.
Anwar tiba di lokasi berkenaan pada jam 9.30 malam dan disambut hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum beserta laungan reformasi.
Namun beliau hanya dapat berucap selama 10 minit sebelum seorang pegawai polis meminta nya menghentikan ucapan.
Tindakan tersebut menyebabkan kemarahan dan ketegangan di kalangan orang ramai yang hadir. Selepas rundingan, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya sebelum polis mengganggunya lagi.
“Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.com.

Menurut Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran orang ramai dalam program Pakatan Rakyat malam semalam adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.
“Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik,” katanya.

No comments:

Posting Terkini