Pages

Sunday, April 11, 2010

Presiden Poland korban nahas pesawat

MOSCOW: Presiden Poland, Encik Lech Kaczynski (gambar), terbunuh apabila pesawat yang dinaikinya terhempas dalam keadaan cuaca berkabus.

Nahas itu berlaku berhampiran sebuah lapangan terbang di barat bandar Smolensk, di sini semalam.

Kesemua 96 penumpang pesawat tersebut turut terkorban.

'Pesawat Tupolev Tu-154 itu melanggar pokok, terhempas dan terbakar.

'Presiden ditemani isterinya bersama ketua turus tentera dan Timbalan Menteri Luar, Andrzej Kremer,' lapor agensi berita Itar-Tass.

Lawatan Encik Kaczynski ke Russia semalam adalah sempena ulang tahun ke-70 pembunuhan beramai-ramai pegawi Poland oleh polis risikan Soviet di bandar Katyn semasa Perang Dunia Kedua.

Pesawat yang dinaiki itu berusia sekurang-kurangnya 20 tahun.

Encik Kaczynski, 60 tahun, menjadi Presiden Poland pada Disember 2005.

Speaker Dewan Rakyat, Encik Bronislaw Komorowski, akan bertindak sebagai Pemangku Presiden.

Ucapan takziah telah disampaikan oleh beberapa pemimpin dunia semalam, termasuk dari Amerika dan Jerman. -- AFP, AP, Reuters



No comments:

Posting Terkini