KUALA LUMPUR: Satu lagi kes pembuangan bayi berlaku.
Yang terbaru, mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan, dibuang dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, kelmarin.
Mayat itu ditemui Encik Mohd Kamil Enoh, 44 tahun, seorang pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), semasa memulakan kerja harian di kawasan itu sekitar 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Affandi, berkata satu kantung plastik mengandungi benda dibalut surat khabar jatuh berhampiran kaki Encik Mohd Kamil semasa beliau mengangkat tong sampah ke lori.
Semasa mengangkat bungkusan iu, beliau terkejut melihat sebelah kaki bayi terjuntai lalu membuat laporan polis, kata Superintenden Norel seperti ditukil akhbar Berita Harian Malaysia semalam.
Sepasukan polis, termasuk unit forensik, dihantar ke tempat kejadian. Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment