Didakwa ancam Presiden Obama
LAS VEGAS: Seorang hakim Mahkamah Majistret di Las Vegas mengarahkan seorang lelaki dipindahkan ke Salt Lake City di Utah bagi menghadapi dakwaan mengancam Presiden Barack Obama, walaupun peguamnya mendakwa dia sakit jiwa.
Hakim Robert Johnston kelmarin berkata meskipun Daniel James Murray, 36 tahun, 'sakit jiwa' dia merupakan ancaman kepada masyarakat. -- AP.
Korea Utara beri amaran keras
SEOUL: Korea Utara semalam berkata ia akan menggunakan senjata nuklear dalam 'serangan tanpa belas' jika ia diprovokasi.
Amaran keras itu, yang pertama kali merujuk kepada senjata nuklear, dibuat semasa Korea Selatan dan Amerika menggesa Majlis Keselamatan kenakan sekatan lebih ketat ke atas Pyongyang. -- AP.
M'sia hantar panglima ke Indon
KUALA LUMPUR: Malaysia semalam menghantar panglima tenteranya, Jeneral Abdul Aziz Zainal, ke Indonesia bagi meredakan ketegangan berhubung perairan yang dipertikai di Laut Ambalat.
'Panglima tentera kami akan ke Indonesia hari ini dan esok akan ada reaksi atau cadangan balas dari Indonesia,' kata Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurutnya Malaysia akan mencadangkan agar kedua-dua negara menghentikan buat sementara rondaan di perairan itu. -- Bernama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment