Gempa kuat gegar utara Afghanistan
KABUL: Gempa kuat menggegarkan bahagian utara Afghanistan dan Pakistan awal pagi semalam, tetapi tiada laporan segera mengenai kerosakan dan mangsa yang terbabit.
Menurut agensi berita Xinhua yang memetik Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat, gempa berukuran 6.0 pada skala Richter itu berlaku pada 3.43 pagi (waktu tempatan).
Gegaran berpusat di 190 kilometer di kawasan pergunungan berdekatan sempadan Afghanistan-Pakistan. -- Agensi.
1,295 ditahan kerana ancam keselamatan
BEIJING: China menahan 1,295 orang kerana dituduh terbabit dalam keganasan, pelampau agama atau dakwaan mengancam keselamatan negara lain di wilayah majoriti penduduk Islam di Xinjiang, tahun lalu.
Wilayah itu menempatkan lebih lapan juta penduduk etnik Uighur beragama Islam, yang mendakwa terpaksa berdepan dengan tekanan politik dan agama sejak berdekad lalu.
Akhbar Procuratorial Daily berkata, penahanan terbabit dibuat oleh pemerintah untuk mempertahankan kestabilan masyarakat ketika Beijing menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008 pada Ogos lalu. -- AFP.
Kim: Korea Utara tak boleh ditumpaskan
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-Il, menyifatkan negaranya sebagai tidak boleh ditumpaskan kerana ia mempunyai pasukan tentera yang hebat.
Agensi berita Korean Central News Agency (KCNA) melaporkan bahawa Encik Kim berkata demikian semasa melihat latihan menembak oleh pasukan tentera.
Tidak dinyatakan bila lawatan itu diadakan. -- AFP.
Empat maut dalam keganasan pilihan raya
DHAKA: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 71 yang lain cedera dalam keganasan yang tercetus menyusuli pilihan raya umum seminggu lalu.
Jurucakap polis, Encik Nazrul Islam, berkata sejak pilihan raya umum diadakan pada 29 Disember lalu, terdapat 51 kejadian keganasan politik dilaporkan. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment