Indonesia lulus rang antiporno
JAKARTA: Parlimen Indonesia semalam meluluskan rang undang-undang antipornografi yang sebelum ini mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.
Rang undang-undang yang bakal mengekang penyebaran barangan lucah itu bertujuan melindungi rakyat muda Indonesia daripada bahan-bahan pornografi dan kelakuan lucah.
Ada pihak membantah rang itu dengan alasan ia terlalu luas dan boleh mengancam adat tradisional, umpamanya di pulau peranginan Bali, yang mempunyai patung-patung kuil bogel dan pelancong yang berpakaian menjolok mata. -- Agensi.
Merusuh lepas ketua dijel
JAKARTA: Polis rusuhan Indonesia bertempur dengan penyokong Barisan Pembela Islam (FPI) selepas pemimpin kumpulan itu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.
Rizieq Shihab didapati bersalah mengarahkan penyokongnya supaya melancarkan serangan ke atas mereka yang menyertai satu rapat aman bagi toleransi agama di Jakarta pada Jun lalu. -- AFP.
Korban gempa Pak lebih 200
QUETTA: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda barat daya Pakistan kelmarin telah meningkat kepada 215 orang dan dijangka terus bertambah.
Gempa sekuat 6.4 pada skala Richter itu memusnahkan sekitar 2,000 buah rumah di wilayah Baluchistan, yang berdekatan sempadan Afghanistan. -- AP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment