Pages

Thursday, June 6, 2013

Lagi laporan polis terhadap individu hina Agong

NIBONG TEBAL: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal dan lima badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melalui laman media sosial. 
Sultan dan Raja derhaka pada Allah SWT, apa cite? Cer cite !!


Wakil kumpulan yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail, berkata perbuatan menghina institusi diraja secara terang-terangan itu adalah tidak bertanggungjawab. 

"Tindakan tegas juga perlu diambil Kementerian Dalam Negeri bagi menyekat mereka daripada terus memperlekehkan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negara ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini. 

Turut membuat laporan polis ialah empat pertubuhan Belia 4B iaitu dari Nibong Tebal, Seri Bukit, Seri Taman dan Bukit Panchor serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Changkat. 

"Kami mengecam tindakan mereka yang secara biadab. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan, institusi beraja harus dihormati oleh semua pihak," katanya. 

- BERNAMA

1 comment:

Suzie Honey said...

Jika polis dan pihak berkuasa benar mahu ambil tindakan terhadap mereka yang 'hina' Agong, pastikan TIADA 'double standard'.

Pastikan bukan kerana hinaan berkenaan tertempias kepada 'Umno BN' maka tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Dan sebaliknya, jika yang melakukan 'hinaan' terhadap Agong adalah dari kalangan pemimpin, ahli atau penyokong tegar Umno BN, maka tiada sebarang tindakan diambil...

Posting Terkini