KUALA LUMPUR: Petua pelik untuk menghilangkan darah gemuruh dan perasaan malu selain mendapatkan suara lunak mendorong ramai ‘gadis gomol’ atau pelayan kelab karaoke ketagih mengambil minuman ‘tonik’ bergas yang dicampur pil Ecstasy ketika melayan pelanggan.
Difahamkan, air tonik berkenaan turut menjadi pilihan kebanyakan gadis pelayan di karaoke di sekitar Lembah Klang yang percaya ia boleh dijadikan ‘pelaris’ untuk meraih tip sehingga menjangkau RM10,000 sebulan daripada pelanggan.
Minuman koktel istimewa berkenaan yang diminum setiap kali sebelum masuk ke bilik karaoke untuk melayan pelanggan turut didakwa mempunyai keistimewaan berikutan ia membolehkan gadis pelayan terbabit mendapat tenaga tambahan walaupun terpaksa menyanyi sehingga lapan jam tanpa henti.
Seorang gadis pelayan karaoke yang berjaya dipujuk dan ditemubual wartawan Harian Metro, mengaku hampir semua pelayan pelanggan (GRO) sepertinya mengamalkan petua tersendiri untuk kekal cergas dan menjadi periang di hadapan pelanggan, terutama menggunakan pil khayal.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Baby, 27, berkata kaedah yang dianggap paling popular ialah dengan meneguk minuman bergas atau minuman keras yang dicampurkan dengan pil Ecstasy.
“Biasanya minuman ini hanya akan dipesan apabila saya masuk ke bilik karaoke bersama pelanggan. Budak pekerja bar biasanya terlebih dulu mengambil pesanan minuman daripada pelanggan sebelum saya turut meminta tonik berkenaan dihantar bersama.
“Biasanya mereka yang bekerja di kelab karaoke sedia maklum mengenai minuman itu yang hanya diberikan kepada gadis pelayan saja,” katanya.
Baby yang sudah lebih tiga tahun bekerja sebagai GRO berkata, bayaran tonik berkenaan biasanya dimasukkan terus ke dalam bil pelanggan yang menjadi kebiasaan bagi pelanggan datang berhibur di karaoke berkenaan.
“Sebaik air tonik ini diminum, tenaga dan otak saya akan mula mengalami perubahan drastik apabila seolah-olah diberi tenaga luar biasa.
“Saya terus hilang rasa malu untuk menyanyi atau berpelukan dengan pelanggan yang hanya baru beberapa minit dikenali. Malah, kesan air tonik berkenaan mengakibatkan saya tidak malu menari dalam keadaan saling berpelukan sambil menyanyi,” katanya.
Menurutnya, dia seolah-olah hilang rasa malu apabila sanggup menyanyi sambil berdiri atas meja atau sofa dalam bilik karaoke.
“Air berkenaan juga menyebabkan saya langsung tidak letih walaupun diminta menyanyi beberapa jam tanpa henti sambil melayan pelbagai kerenah pelanggan.
“Bagaimanapun, air berkenaan tidak boleh diberikan kepada pelanggan kerana bimbang kejadian tidak diingini, termasuk hilang kawalan diri sehingga dibimbangi menyebabkan pergaduhan,” katanya.
Ditanya sama ada dia bersedia melakukan hubungan seks dalam bilik karaoke selepas meneguk tonik berkenaan, Baby berkata biasanya dia hanya membenarkan pelanggan melakukan adegan ringan-ringan seperti memeluk atau mencium pipinya.
“Saya tak kisah kalau pelanggan nak raba atau gomol saya asalkan mereka sanggup bayar tip lebih. Tapi saya tak benarkan mereka buat hubungan seks walaupun bilik karaoke bising dan gelap.
“Kalau mereka berhajat sangat..saya hanya akan benarkan di luar karaoke. Itupun jika pelanggan terbabit sedap di mata selain bayaran berpatutan dengan perkhidmatan yang saya tawarkan,” katanya yang tidak suka dilabel sebagai pelacur.
Menurutnya, dia memulakan tugas seawal jam 7 malam dengan mematuhi syarat ditetapkan pengurusan karaoke supaya berpakaian seksi dan skirt ketat untuk menarik perhatian pelanggan.
“Saya dan rakan-rakan menjadi daya tarikan bagi kelab karaoke untuk menarik perhatian pelanggan supaya kerap datang dan menghabiskan wang di sini.
“Biasanya setiap pelanggan diberi kebebasan memilih mana-mana gadis karaoke diminati sebelum membayar sekurang-kurangnya RM50 bagi setiap ‘teman’ dipilih,” katanya.
Menurutnya, dia tidak memperoleh gaji bulanan tinggi, namun kebanyakan wang hasil ihsan pemberian tip pelanggan, selain komisen jika pelanggan membuat pesanan tambahan minuman keras atau membeli arak mahal dalam botol.
“Biasanya pelanggan tua di kalangan ahli perniagaan memberi tip lumayan berbanding golongan muda berikutan mereka suka digesel dan dibelai,” katanya yang mampu memperoleh pendapatan antara RM150 hingga RM300 semalam.
Sementara itu, jurucakap polis Kuala Lumpur yang dihubungi berkata, pihaknya menyedari penyebaran pil khayal seperti ketamin dan Ecstasy terutama di pusat hiburan sejak sekian lama.
Menurutnya, golongan GRO paling kerap ditahan polis narkotik ibu kota setiap kali operasi dilakukan di kelab hiburan berikutan mereka didapati positif dadah apabila ujian air kencing dilakukan.
- metro
Saturday, July 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment