Pages

Wednesday, February 3, 2010

Wartawan Dihalang Mengikuti Perbicaraan Anwar

Jika semalam kesemua jurugambar dihalang berada di lobi mahkamah untuk merakam gambar perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun hari ini para wartawan pula menerima nasib yang sama.

Wartawan dihalang dengan tidak diberikan pas masuk ke Mahkamah Jenayah 3 untuk mengikuti perbicaraan Anwar.

Laporan terkini yang diterima, Setiausaha Agong Kesatuan Wartawan Kebangsaan, NUJ, V Anbalagan mengesahkan bahawa pihak pendaftar Mahkamah Tinggi dan polis membuat perbincangan semalam dan menetapkan pas hanya diberi kepada ahli NUJ sahaja.

Ketua bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur , merangkap pegawai penjaga mahkamah, R Munusamy, memberi alasan bahawa pas masuk hanya diberi kepada media yang disenaraikan NUJ.

Malah hanya satu pas diberikan kepada satu syarikat media.

Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wartawan.

Manakal jurugambar pula, hanya dibenarkan berada di tangga di luar pintu lobi mahkamah.

Dalam pada itu, kekuatan anggota polis turut ditambah dan kawalan ketat dilakukan di pintu masuk mahkamah.

No comments:

Posting Terkini