Pages

Sunday, January 31, 2010

Zahrain dihadap lembaga disiplin.

PETALING JAYA, Jan 31 - Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mengecam kepimpinan Ketua Mentri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan dirujuk kepada lembaga disiplin PKR.

Sehubungan itu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan kepada Lim yang juga setiausaha agung DAP sambil menyifatkan Zahrain tidak wajar mengeluarkan pedas ke atas Ketua Mentri Pulau Pinang.

Keputusan dicapai pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini.

Zahrain sekali gus muncul wakil rakyat kedua dirujuk kepada lembaga disiplin PKR dalam seminggu ini.

Beliau tidak hadir mesyuarat MPP hari ini.

Turut akan dirujuk kepada lembaga disiplin ialah Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaian hasil mesyuarat MPP Selasa lalu, mendakwa ia tidak serius dalam menangani kes Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

"Kami menolak dan mengecam pandangan beliau terhadap ketua mentri Pulau Pinang," kata Anwar yang juga ketua umum Pakatan Rakyat.

Mengenai kes Zaid, Anwar menambah, "sesetengah daripada kami mahukan tindakan segera tetapi kami di PKR dan Pakatan perlu mengikut perlembagaan parti dan membenarkan proses yang sewajarnya mengambil tempat," kata beliau.

Rabu lalu Zahrain menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Mentri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

No comments:

Posting Terkini