Pages

Sunday, January 31, 2010

Sekilas - Berita Dunia

China gantung tukaran tentera dengan AS

BEIJING: China semalam menggantung pertukaran ketenteraan dengan Amerika Syarikat selepas Washington mengumumkan penjualan senjata bernilai AS$6.4 bilion ($9 bilion) kepada Taiwan.

Naib Menteri Luar China, Encik He Yafei, memberitahu Duta Besar Amerika ke Beijing, Encik Jon Huntsman, bahawa penjualan itu akan menjejas hubungan antara kedua-dua negara, dan mahu ia dibatalkan. -- AP, Reuters.

Askar Thai maut ditembak pengganas

PATTANI: Pengganas menembak mati seorang askar Thai dan mencederakan dua yang lain dalam pertempuran di luar sebuah masjid di Pattani, selatan Thailand.

Pegawai polis, Kolonel Tanit Ramdit, berkata pertempuran berlaku Jumaat lalu selepas satu letupan bom mencederakan tiga askar yang menunggu rakan beragama Islam menunaikan solat di masjid berkenaan. -- AP.

Bunuh majikan: Hukuman diringan

MANILA: Raja Arab Saudi memberi pengampunan kepada dua amah warga Filipina kerana membunuh majikan seorang daripada mereka.

Cik Idan Tejano dan rakannya, Cik Marjanna Sakilan, didakwa membunuh dan merompak selepas menikam sampai mati majikan Cik Tejano pada 2001.

Mereka dijatuhi hukuman gantung pada 2004. Hukuman itu kemudian diringankan kepada 12 tahun penjara dan 1,200 rotan.

Kedua-dua amah tersebut diberi pengampunan selepas Presiden Filipina, Cik Gloria Arroyo mengemukakan rayuan kepada Raja Abdullah. -- AP.

No comments:

Posting Terkini