Pages

Sunday, January 31, 2010

JJ ketuai usaha Umno 'pikat' MP PKR

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu.

Katanya, ini termasuk usaha menghubungi ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail melalui telefon bimbit.

Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Jamaludin Jarjis.

"(Usaha ini) daripada Jamaludin Jarjis mewakili Umno untuk beli ahli-ahli parlimen kita.

"Ini tindakan yang korup dan rakus. Tapi kerana beliau (Azan) tidak layan, jumlah berapa juta (yang ingin ditawarkan itu) tidak disebut," katanya lagi.

Anwar yang juga ketua pembangkang memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.



No comments:

Posting Terkini