Pages

Monday, December 14, 2009

Usul bincang laporan kewangan Petronas ditolak

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan Laporan Kewangan Petronas separuh tahun pertama 2009 yang dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh).

Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usul berkenaan ditolak mengikut Peraturan 18(2) kerana tidak mempunyai perkara yang perlu disegerakan.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata, perkara itu masih boleh dibangkitkan pada masa akan datang contohnya ketika Dewan Rakyat membahaskan bajet tambahan.

Melalui usul berkenaan, Anwar mendakwa laporan itu menunjukkan kejatuhan purata pendapatan Petronas sebanyak RM58 bilion atau 37.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang diumumkan pada 8 Disember lalu.

Beliau berkata perkara itu menjejaskan kedudukan ekonomi, kewangan dan Bajet 2010 negara yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan Rakyat. - Bernama

No comments:

Posting Terkini