Pages

Monday, December 14, 2009

Sekilas - Dunia

Militia setuju bebas semua tebusan

ROSPERIDAD (Filipina): Kumpulan militia di selatan Filipina semalam bersetuju membebaskan kesemua 47 tebusan selepas pemerintah menandatangani perjanjian untuk tidak menahan dan mendakwa mereka.

Khamis lalu, kumpulan militia dari puak Manobo telah menyerbu sebuah sekolah di kampung Agusan, di wilayah Mindanao, dan mengambil 75 tebusan.

Sebelum ini, 28 tebusan itu, termasuk 18 kanak-kanak, telah pun dibebaskan. -- AFP.

Bunuh 12 orang, bakar 6 rumah

BEIJING: Seorang lelaki bersenjata menembak mati 12 orang sebelum bertindak membakar enam rumah di sebuah perkampungan di Wilayah Hunan, kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa lelaki berusia 34 tahun, yang hanya dikenali sebagai Liu Aibing, itu dilaporkan melepaskan tembakan rambang di perkampungan Gaoming.

Selain 12 orang yang terbunuh, dua lagi dilaporkan parah.

Polis telah berjaya menangkap suspek yang dikatakan mempunyai sejarah penyakit mental. -- AFP.

Tindak ganas: Lebih 960 ditahan

COPENHAGEN: Polis menahan 968 orang selepas perhimpunan memprotes menjelang sidang puncak mengenai perubahan iklim di sini bertukar menjadi ganas kelmarin.

Namun, sebahagian besar dibebaskan semalam dengan hanya 13 orang masih ditahan.

Seramai 10,000 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu dengan sekumpulan peserta yang memakai baju hitam mula bertindak ganas dengan melempar batu dan memecahkan tingkap.

Polis pencegah rusuhan terpaksa mengepung kumpulan terbabit dan memaksa mereka duduk di padang sebelum dibawa dengan bas keluar daripada kawasan perhimpunan. -- AFP.

Pukul rakan dengan seketul daging

DUNNELLON (Florida): Seorang wanita berusia 53 tahun ditahan selepas dikatakan memukul kepala teman lelakinya dengan seketul daging mentah.

Mangsa mendakwa Elsie Egan berulang kali memukulnya dengan daging mentah dan menamparnya apabila beliau enggan makan sekeping roti biasa kerana mahukan roti gulung.

Egan didakwa atas kesalahan mendera orang dewasa tetapi dibebaskan dengan ikat jaminan AS$2,500 ($3,479). -- AP.

No comments:

Posting Terkini