Pages

Wednesday, November 11, 2009

RM3.5 Juta Kos Atasi Kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Haram

SHAH ALAM 11 NOV - Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Sungai Kertas September lalu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM3.5 juta untuk mengatasi masalah berkenaan.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata permasalahan pembakaran tapak sampah haram telah di bincangkan dalam mesyuarat mingguan EXCO dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang lalu.

“Pemadaman kebakaran tapak pelupusan sampah baru-baru ini di Sg. Kertas telah menelan kos sebanyak RM 3.5 juta,” katanya.

Elizabeth berkata demikian semasa sidang perbahasan sesi pagi Sidang Dewan Negeri.

Katanya, tindakan undang-undang juga telah dikenakan kepada pemilik-pemilik tanah tapak pelupusan sampah haram tersebut mengikut Seksyen 70(A) kerja-kerja tanah tanpa kelulusan.

Menurutnya, Notis 7A telah dikeluarkan pada 25 Januari 2007 iaitu notis pelanggaran syarat, notis 7B juga turut dikeluarkan pada 26 November 2008 iaitu notis siasatan dan rampasan tanah,manakala pada 30 September lalu notis rampasan dikeluarkan.

Elizabeth berkata, Majlis Perbandaran Selayang dan Pejabat Tanah Daerah Gombak juga telah mengeluarkan kompaun ke atas kerja-kerja terbabit.

“Mengambil tindakan undang-undang dengan merampas tanah terbabit di bawah kanun tanah Negara,” katanya.

Beliau berkata, pemantauan tapak pelupusan sampah ini turut dibuat melalui udara dan darat bagi mengawal kegiatan pembakaran terbuka tapak pelupusan ini.

Katanya kerajaan negeri turut bercadang untuk menutup tapak itu secara selamat.

Menurutnya kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menangani isu ini secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan kewangan negeri.

No comments:

Posting Terkini