Pages

Monday, August 17, 2009

Sekilas - Sukan

Murray temu Del Petro dalam final

MONTREAL: Andy Murray menewaskan Jo Wilfried-Tsonga dari Perancis 6-4 7-6 untuk ke final Masters Montreal semalam.

Bintang Britain berusia 22 tahun itu akan menentang pemain Argentina, Juan Martin Del Potro, yang mengalahkan pemain Amerika Syarikat, Andy Roddick, 4-6 6-2 7-5. -- Reuters.

Safina ke final Terbuka Cincinnati

CINCINNATI (Ohio): Pemain wanita nombor satu dunia, Dinara Safina, ke final Terbuka Cincinnati kelmarin dan akan menentang Jelena Jankovic.

Safina dari Russia hanya perlukan 56 minit untuk mencatatkan kemenangan 6-2 6-0 ke atas Flavia Pennetta dari Italy, sementara Jankovic dari Serbia menundukkan pemain Russia, Elena Dementieva 7-6 (7/2) 0-6 7-6 (8/6). -- Reuters.

Beckham dibuang padang

CARSON (California): David Beckham dibuang padang kerana terkaman bahaya ketika Los Angeles Galaxy tewas 0-2 di tangan Seattle Sounders dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat kelmarin.

Terkaman Beckham terkena buku lalu pemain midfield Seattle, Peter Vagenas, dan pengadil Ricardo Salazar tidak teragak-agak melayangkan kad merah. -- AP.

No comments:

Posting Terkini