Pages

Monday, August 17, 2009

Permatang Pasir

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil yang kelapan sejak Mac 2008 ini bermula 9 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia untuk melangsungkan proses penamaan calon dengan kawalan keselamatan ketat pihak polis.

9.15 pagi- Mursyildul Am dan Presiden PAS tiba ke pusat penamaan calon. Sebelum itu, calon PAS dan rombongan masuk ke pusat penamaan calon. Kedua-dua mereka dikatakan tersekat di tengah-tengah penyokong yang ramai sebelum ini.

Lim Guan Eng juga tiba ke pusat penamaan calon. Beliau diiringi lain-lain pemimpin DAP, PKR dan PAS.

Jam 8.52 pagi- Calon BN, Rohaizat Othman, memasuki kawasan penamaan calon di dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam dan menyerahkan borang pencalonannya.

Calon PAS pula ialah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man, 52.

Calon Bebas yang mungkin bertanding ialah Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti.

Kerusi Permatang Pasir itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai akibat sakit jantung

Dalam pada itu, beberapa jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan mulai pukul 6 pagi tadi.

Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, DSP Wari Kiew sebelum ini berkata, langkah itu bagi melancarkan proses penamaan calon yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.

Jalan yang ditutup adalah Jalan Berapit di hadapan perkuburan cina Berapit dan simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang.

Kenderaan yang datang dari arah pekan Bukit Mertajam atau Bandar Perda dilencong ke Jalan Abdul Kadir atau Jalan Tok Elong ke Jalan Tanah Liat, Kubang Semang dan Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE).

"Kenderaan dari arah Kulim atau BKE pula akan dilencongkan di simpang tiga Jalan Mengkuang/Jalan Berapit ke Jalan Mengkuang arah ke Kulim bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan IKBN itu," kata beliau.

Tiga kawasan khas disediakan berhampiran IKBN untuk meletak kenderaan yang jaraknya antara 600 meter dan 1.4 kilometer dari pusat penamaan calon.

No comments:

Posting Terkini