Pages

Monday, August 17, 2009

30 rumah di Tanjung Batu Laut hangus

TAWAU: Kira-kira 30 buah rumah di Kampung Tanjung Batu Laut, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi, selang enam hari selepas kejadian serupa di Kampung Vietnam, yang turut memusnahkan 30 rumah dan menyebabkan 201 orang kehilangan tempat tinggal.

Pegawai Bomba Tawau, Albert Jiran Tanjung, berkata dua jentera bomba beserta 20 anggota, termasuk pegawai, berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran kira-kira jam 5.15 petang.

Albert berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


No comments:

Posting Terkini