Pages

Friday, July 10, 2009

Umie Aida akan berkahwin dengan 'Datuk K'

Majlis merisik antara Umie dan 'Datuk K', tokoh perniagaan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, telah selamat diadakan pada 17 Mei lalu dan dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Sebentuk cincin belah rotan telah disarungkan ke jari manis kanan Umie oleh bakal ibu mertua dan pasangan yang sedang menyelami hati masing-masing ini sudahpun membuat pilihan cincin pertunangan dan pernikahan.

"Alhamdulillah, Umie syukur kerana Allah jua yang tahu apa yang ada dalam hati Umie ini," kata Umie yang dilahirkan dengan nama Umi Khalsum Rahmad Ali.

Kisah percintaan Umie, 32 tahun, langsung tidak dapat dihidu oleh media kerana artis ini sememangnya kuat berahsia. Tambahan pula, sebelum ini sudah beberapa kali dia gagal bercinta.

Umie, yang tidak berapa aktif berlakon sejak kebelakangan ini berkata dia tidak berniat untuk menyorok berita ini.

"Kami baru berkenalan. Terlalu awal untuk Umie bercakap lebih jauh. Mungkin ini yang dikatakan takdir.

"Umie pernah berkata hati ini belum lagi terbuka untuk memikirkan soal berumah tangga tetapi apabila ia datang, saya tidak mampu menolaknya," katanya.

No comments:

Posting Terkini