Pages

Wednesday, June 17, 2009

Sekilas Ekonomi

SEKTOR HIBURAN DAN MEDIA DIJANGKA PULIH LEBIH PANTAS:

Pertumbuhan dalam sektor hiburan dan media dijangka pulih lebih pantas sebanyak 2.7 peratus mencapai AS$1.6 trilion ($2.3 trilion) bagi lima tahun mendatang, lebih cepat daripada pertumbuhan banyak industri lain, menurut satu kajian PricewaterhouseCoopers (PwC).

Malah, pengamat menyatakan ia akan pulih lebih pantas daripada pemulihan ekonomi di Asia Pasifik. Dengan lebih banyak syarikat menyertai arena digital, PwC menyatakan salah satu cabaran utama ialah mencari model harga baru.

GENERAL MOTORS JUAL SAAB AUTOMOBILE KEPADA FIRMA SWEDEN:

Syarikat pengeluar kereta Amerika Syarikat, General Motors (GM), telah menandatangani satu perjanjian untuk menjual unitnya, Saab Automobile, kepada syarikat pembuat kereta sports mewah Sweden, Koenigsegg, menurut GM dalam kenyataannya semalam.

GM, yang kini dalam perlindungan muflis di Amerika Syarikat, mula memasarkan Saab untuk dijual sejak Februari lalu dalam usaha mengecilkan jenama-jenama miliknya bagi memantapkan kedudukan kewangannnya. Koenigsegg, yang diasaskan pada 1994 oleh usahawan Sweden, Christian von Koenigsegg, mempunyai 45 pekerja dan mengeluarkan 18 kereta mewah setiap tahun pada harga lebih sejuta euro ($2 juta) sebuah, menurut AFP.

EKONOMI DUNIA MULA TUNJUK TANDA STABIL:

Ekonomi dunia mula menunjukkan tanda-tanda stabil tetapi tidak akan balik kepada sistem yang mewujudkan 'ilusi' keuntungan, menurut Ketua Eksekutif Citigroup, Encik Vikram Pandit. Encik Pandit, yang bercakap pada sidang puncak ekonomi nasional di Detroit, Amerika Syarikat, menyatakan krisis kewangan ini telah menunjukkan bahawa ekonomi sejagat memerlukan model perniagaan baru. 'Langkah-langkah berani yang diambil para penggubal dasar di dunia mula menunjukkan kesan. Kita melihat tanda-tanda kestabilan. Tanda-tanda itu amat menggalakkan. Tetapi, walaupun begitu, masih terdapat cabaran ekonomi yang akan dihadapi di hadapan kita,' jelasnya.

No comments:

Posting Terkini