Pages

Thursday, June 18, 2009

SEKILAS - DUNIA

Tindakan ke atas 'pasukan khas'

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata kerajaan tidak akan teragak-agak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau undang-undang lain terhadap pemimpin dan anggota kanan Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) jika pertubuhan itu menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata begitu semasa mengulas usaha menghidupkan semula PKPM, yang ditumpaskan polis apabila 36 lelaki, termasuk dalangnya, diberkas Isnin lalu. -- The Star, Utusan Malaysia.

Besan SBY dihukum jel dan denda

JAKARTA: Sebuah mahkamah antirasuah mengenakan hukuman penjara empat setengah tahun dan denda 200 juta rupiah ($28,000) ke atas besan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Aulia Pohan, menurut laporan semalam.

Bekas pegawai Bank Indonesia itu terlibat dalam penggelapan dana 100 bilion rupiah bank pusat Indonesia itu. Anak perempuan Pohan menantu Dr Yudhoyono. -- Bernama.

Hadiah bagi menangkap penculik

SANA: Yaman menawarkan AS$275,000 ($400,800) bagi menangkap penculik yang membunuh tiga wanita rakyat asing di wilayah Saada, di utara negara itu.

Ini diumum Menteri Luar, Encik Abubakr al-Qirbi. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini