Pages

Wednesday, June 17, 2009

NOKIA DAN SAMSUNG PERKENAL MODEL TELEFON BIMBIT BARU

DUA syarikat pengeluar telefon bimbit terbesar dunia, Nokia dan Samsung, telah memperkenalkan dua model telefon bimbit baru yang menawarkan ciri-ciri serupa iPhone dan Pre oleh Palm pada harga lebih rendah.

Pasaran telefon bimbit dijangka merosot sebanyak 10 peratus tahun ini kerana kegawatan menjejas permintaan pengguna.

Namun, pasaran bagi telefon bimbit bijak dijangka tumbuh sebanyak 10 hingga 20 peratus.

Nokia memperkenalkan tiga telefon bimbit baru termasuk satu model sentuh skrin yang dijual pada harga AS$280 ($408) sebelum subsidi dan cukai pada suku mendatang.

Samsung pula memperkenalkan model 'Jet' yang mempunyai skrin generasi hadapan dan akses Internet lebih pantas.

No comments:

Posting Terkini