Pages

Monday, April 20, 2009

SEKILAS - DUNIA

Lebih ramai askar dikerah

MANILA: Pemerintah Filipina mengerahkan lebih ramai askar dalam usaha membebaskan pekerja bantuan kemanusiaan warga Italy yang ditawan oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Encik Eugenio Vagni, 62 tahun, merupakan salah seorang daripada tiga kakitangan Palang Merah Antarabangsa yang ditawan 15 Januari lalu di pulau selatan Jolo. Dua daripada mereka dibebaskan kelmarin. -- AP.

Gesa rombakan di pusat tahanan

BEIJING: Seramai 15 orang meninggal dunia semasa berada dalam tahanan polis, lapor media setempat semalam.

Daripada jumlah itu, tujuh tahanan dipukul sehingga mati, dua mati ekoran kemalangan, tiga membunuh diri dan tiga lagi dalam siasatan.

Pendedahan ini mendorong gesaan agar rombakan dijalankan di pusat tahanan. -- Reuters.

Peluru berpandu AS bedil militan

WANA (Pakistan): Peluru berpandu yang dilancarkan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat membedil sebuah kem militan di wilayah Waziristan, selatan Pakistan, di sempadan Afghanistan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Serangan pesawat itu berlaku sehari selepas pengebom nekad Taleban membunuh 27 askar dan dua pejalan kaki dalam serangan bom kereta terhadap konvoi tentera di timur laut negara itu. -- Reuters.

Mangsa tembakan hidang teh

BIRMINGHAM (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang ditembak di kepala oleh suaminya, bukan sahaja terselamat malah sempat menghidangkan teh kepada pihak berkuasa yang datang ke rumahnya beberapa minit selepas kejadian.

Cik Tammy Sexton, 47 tahun, kini dirawat di hospital. Peluru berkenaan mengenai dahi Cik Sexton dan menembusi tengkorak kepalanya. -- AP.

Kerjasama atasi pendatang haram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, semalam berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Australia untuk mengatasi masalah pendatang haram.

Kini, terdapat 2,000 pendatang haram di Indonesia, sebahagian besarnya dari Afghanistan.

Indonesia telah lama menjadi transit bagi pendatang haram yang ingin menyeludup masuk ke Australia. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini