Pages

Saturday, April 11, 2009

POLIS GALAK WANITA PAKAI TUMIT TINGGI BAGI LAWAN PENJENAYAH

NEW DELHI: Polis India menyarankan wanita memakai kasut tumit tinggi ke tempat kerja, selain membawa beg sedikit berat, untuk digunakan sebagai senjata bagi mengelak diri mereka menjadi mangsa pembunuhan.

Panduan mempertahan diri itu dihantar ke firma, terutama syarikat media yang mempunyai ramai pekerja wanita yang bekerja hingga larut malam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis di tenggara New Delhi, Encik Shalini Singh, turut menasihatkan wanita supaya tidak membawa banyak wang tunai.

Ini menyusuli kes rompakan dan pembunuhan seorang eksekutif teknologi maklumat, Cik Jigisha Ghosh, dan wartawan, Cik Soumya Vishwanathan.

Cik Ghosh dilaporkan sedang bercakap di telefon bimbit ketika berjalan ke rumah awal pagi 21 Mac lalu apabila beliau diculik, dirompak dan kemudian dibunuh beberapa penjenayah.

Cik Vishwanathan dibunuh September tahun lalu ketika pulang ke rumah selepas kerja syif malam di syarikat televisyen.

Polis berkata, mereka dibunuh orang yang sama.

Encik Singh baru-baru ini membentang kertas kerja mengenai keselamatan pekerja di firma teknologi maklumat terkemuka, Wipro.

'Saya nasihatkan wanita supaya gunakan beg tangan dan minyak wangi untuk mempertahan diri. Mereka boleh menggunakan kasut tumit tinggi untuk memijak kaki penyerang, menyembur minyak wangi ke mata penjenayah dan memukul mereka dengan beg.

'Wanita boleh memukul bahagian bawah paras pinggang penyerang. Semua langkah ini membantu melengahkan penjenayah dan membolehkan wanita lari,' katanya.

Beliau turut menasihatkan pekerja wanita supaya menyimpan nombor kecemasan dalam telefon bimbit dan usah bercakap di telefon ketika berjalan di jalan raya.

'Wanita perlu berdiri rapat ke dinding supaya dapat memerhati sekeliling. Mereka juga boleh memaklumkan keluarga dan rakan sebelum pulang ke rumah dari pejabat,' katanya. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini