Pages

Thursday, April 9, 2009

Najib menghadap Agong, mohon perkenan Kabinet baru

Perdana Menteri keluar daripada Istana Terengganu selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pukul 10.55 pagi tadi bagi mendapatkan perkenan pembentukan barisan Kabinet baru.

Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada Jumaat lalu menghadap Agong di Istana Terengganu di sini.

Kira-kira 30 minit kemudian beliau yang menaiki Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WRP 11 meninggalkan Istana Terengganu pada pukul 11.25 pagi.

Seramai 10 orang wakil media berada di luar pintu pagar istana.

Najib dijadual mengumumkan barisan kabinet itu pada 3 petang ini di Putrajaya.

Majlis angkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia oleh menteri dan timbalan menteri akan diadakan pada 9.30 pagi esok di Istana Negara.

Pembentukan barisan kabinet baru itu adalah lanjutan daripada pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

No comments:

Posting Terkini