Pages

Saturday, April 11, 2009

MAHKAMAH SAUDI SAHKAN CERAI MELALUI SMS

RIYADH: Sebuah mahkamah di Jeddah kelmarin mengesahkan perceraian sepasang suami isteri yang dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ini kali pertama kes serupa itu disahkan mahkamah Arab Saudi.

Menurut satu laporan akhbar Arab News, lelaki tersebut berada di Iraq ketika menghantar SMS memaklumkan wanita itu bukan lagi isterinya.

Beliau kemudian menelefon dua saudaranya bagi memaklumkan tindakannya itu. Mahkamah mengesahkan perceraian itu selepas mendengar kenyataan dua saudara lelaki tersebut.

Menurut Arab News, lelaki itu berada di Iraq untuk menyertai 'jihad'.

Ramai lelaki Saudi dilaporkan pergi ke Iraq untuk menyertai kumpulan pengganas Al-Qaeda bagi menentang pemerintah Iraq serta tentera Amerika Syarikat. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini