Pages

Tuesday, April 21, 2009

Gambar baru muncul di internet?

PETALING JAYA: Elizabeth Wong baru lima hari kembali meneruskan tugasnya sebagai Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas bercuti selama dua bulan ekoran isu tersebarnya gambar separa bogel.

Walaupun Wong telah meminta agar "izinkan beliau meneruskan tugas untuk rakyat" selepas diselubungi isu kontroversi sejak Februari lalu, nampak gaya soal itu muncul semula dan beliau belum 'bebas' sepenuhnya.

Mengulas mengenai penyebaran gambar-gambar baru melibatkan Wong, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihak kerajaan negeri akan mendapatkan gambar itu dan memberikannya kepada polis.

"Gambar itu jika ada intrusion of privacy (mencabuli privasi) kita minta pihak polis mengambil tindakan," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan bernilai RM2.0 juta kepada 25 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.

Pagi tadi beliau menghadiri perhimpunan pagi bulanan di Shah Alam.

Gambar-gambar terbaru Wong, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, yang sedang tidur lena berpakaian baju singlet hitam dan menampakkan ketiaknya dikesan di sebuah laman blog baru-baru ini.

Ketua Penerangan Wanita PKR itu kembali bertugas sebagai exco kerajaan negeri Khamis lepas setelah bercuti selama dua bulan berikutan penyebaran gambar-gambar separuh bogel di Internet.

Namun penyebar sebenar gambarnya itu masih belum dikesan.

Beliau yang turut hadir pada majlis itu enggan memberikan sebarang komen apabila disoal wartawan.

No comments:

Posting Terkini