Pages

Saturday, April 11, 2009

Dua bandar Texas musnah dijilat api

HOUSTON: Api yang dimarakkan angin kencang memusnahkan dua bandar dan membunuh dua orang di utara Texas, menurut kenyataan Gabenor Texas, Rick Perry.

Anggota bomba melawan lebih 20 kebakaran di kawasan seluas 60,000 ekar semalam, sehari selepas kawasan seluas 100,000 ekar dan bandar kecil Stoneburg dan Sunset in Montague County musnah.

Satu pasangan di Montague County terbunuh apabila kebakaran belukar yang dialih angin memusnahkan rumah mereka.

Bagaimanapun, anak pasangan berkenaan terselamat dan dibawa ke Hospital Dallas.

Cuaca dijangka lebih baik dengan angin sederhana dan kelembapan tinggi diramalkan.

Gabenor Perry sudah meminta Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) untuk mengisytihar darurat di 199 mukim Texas yang diancam kebakaran. - Reuters

No comments:

Posting Terkini