Pages

Saturday, April 18, 2009

Calon DUN Penanti

BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon yang akan dipilih untuk mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti mestilah 'orang cukup kanan' dalam parti.

Beliau berkata ketetapan itu penting bagi meyakinkan masyarakat Melayu khasnya dan masyarakat Cina serta India khususnya golongan bawahan.

"Orang Melayu di negeri ini mahu satu ketetapan bahawa suara mereka diberi perhatian di peringkat kepimpinan negeri," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di DUN Penanti di sini malam ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, pemilihan calon daripada kalangan 'orang cukup kanan' juga penting memandang kemungkinan untuk dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau berkata, keputusan itu adalah dengan persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa parti pembangkang yang lain.

Ditanya sebab beliau tidak mengumumkan calon Timbalan Ketua Menteri 1 daripada kalangan pemimpin yang ada, Anwar menjelaskan bahawa parti itu kini mempunyai satu pilihan baru.

"Adanya pilihan raya ini, kita boleh letakkan calon yang paling sesuai dan mempunyai sepenuh masa untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.BERNAMA

1 comment:

Pak Brahim said...

DS Wan Azizih adalah calun yang amat tepat dan bersesuaian dengan kekananan di dalam parti.

Berilah beliau peluang membantu YAB LGE mentadbir Negeri Pulau Pinang sebagai Tim. KM 1 dan jadikan beliau mencipta sejarah tersendiri sebagai Wanita Pertama menjawat jawatan TKM 1.

InsyaAllah rakyat Pulau Pinang akan terima dengan senang hati dan dengan pengalaman yang beliau timba selama ini akan membawa menafaat kepada rakyat dan negeri pulau pinang.

Posting Terkini