Pages

Saturday, April 18, 2009

BN mungkin tidak tanding di Penanti

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN.

Pengerusi BN itu berkata, BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya.

Banyak pihak mengesyorkan agar BN tidak meletakkan calon bersaing di Penanti atas beberapa alasan.

No comments:

Posting Terkini