Pages

Tuesday, March 10, 2009

Wanita bersama 58.3 kg ganja ditahan

ALOR SETAR: Polis menggagalkan satu cubaan menyeludup 60 ketulan ganja mampat seberat 58.3 kilogram bernilai hampir RM180,000 berikutan tertangkapnya seorang wanita tempatan dalam satu operasi berhampiran Plaza Tol Bandar Bharu, Kulim, Sabtu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata wanita berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.35 petang oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah ketika sedang memberhentikan kereta jenis Mercedes Benz yang dipandunya di tempat letak kenderaan berhampiran plaza tol berkenaan.

Beliau berkata, polis percaya wanita yang berasal dari Tawau, Sabah itu baru mendapatkan bekalan dadah dari Thailand untuk dibawa ke selatan tanah air berikutan penemuan pasport miliknya yang mengandungi rekod keluar masuk sempadan Malaysia-Thailand.

"Hasil pemeriksaan mendapati 30 daripada ketulan ganja mampat itu disimpan di tempat letak kaki penumpang dan 30 ketulan lagi diletakkan di dalam bonet kereta terbabit," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

No comments:

Posting Terkini