Pages

Tuesday, March 10, 2009

Selangor tambah cuti bersalin 30 hari

SHAH ALAM: Selangor kelmarin mengumumkan cuti bersalin 90 hari bagi semua kakitangan wanita yang bekerja dengan kerajaan negeri berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pengumuman tambahan 30 hari daripada tempoh 60 hari yang ditetapkan sekarang dibuat sempena genap setahun pemerintahan kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kakitangan bagaimanapun diberi pilihan menerima sejumlah pampasan jika mahu bekerja selepas 60 hari cuti bersalin.

No comments:

Posting Terkini