Pages

Tuesday, March 10, 2009

Pas sanggup ketepi kemelut politik demi ekonomi negara

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda Pas, Salehuddin Ayub, berkata Pas juga bersedia bersama kerajaan untuk berbincang menangani masalah ekonomi negara dengan mengetepikan kepentingan dan ideologi politik.

"Saya mewakili Pas bersedia pada bila-bila masa saja di atas jemputan kerajaan yang mahu pihak pembangkang mengetepikan kemelut politik dengan bersama-sama menyumbang idea bagi memulihkan ekonomi negara.

"Kita bersetuju bersemuka dan berbincang jika kerajaan meletakkan semua perkara dalam prinsip ketelusan supaya pakej rangsangan bernilai RM60 bilion ini berjaya," katanya ditemui di lobi Parlimen petang tadi.

Beliau berkata, Pas yakin pakej rangsangan ekonomi kedua berjumlah RM60 bilion mampu menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini, sekali gus merancakkan ekonomi negara.

No comments:

Posting Terkini