Pages

Monday, January 19, 2009

TUAH MUKA MIRIP OBAMA

JAKARTA: Wajahnya yang seiras dengan bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, ternyata membawa tuah kepada Encik Ilham Anas.

Encik Anas, 34 tahun, telah mendapat tawaran untuk berlakon sebagai Encik Obama di saluran televisyen setempat.

Sebelum ini, jurugambar itu pernah berlakon sebagai Encik Obama dalam iklan syarikat farmaseutikal di Filipina.

Encik Anas, yang dilahirkan dan dibesarkan di Bandung, berkata beliau rasa beruntung kerana mempunyai wajah seiras dengan Encik Obama.

'Apabila saya sedang transit di lapangan terbang di Malaysia, seorang lelaki menghampiri saya dan bertanya, Adakah anda Obama?

'Saya sangat terkejut apabila beliau mahu mengambil gambar bersama saya dan belanja saya makan,' kata Encik Anas. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini