Pages

Monday, January 19, 2009

SEKILAS - DUNIA

Ulama sedunia hadiri sidang fatwa

RIYADH: Para ulama dari serata dunia kelmarin berhimpun di Makkah untuk menghadiri persidangan yang bertujuan memberi panduan berkaitan pengeluaran fatwa dalam zaman moden. Persidangan selama lima hari itu dianjurkan oleh Liga Muslim Sedunia (MWL). -- AFP.

Semua anggota Asean hadiri sidang

BANGKOK: Semua pemimpin 10 negara anggota Asean telah mengesahkan kehadiran mereka di sidang puncak Asean ke-14 yang akan diadakan di Hua Hin dari 27 Februari hingga 1 Mac ini, kata Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, di sini semalam.

Sidang puncak itu pada asalnya dijadual diadakan di Bangkok dari 15 hingga 18 Disember tetapi kemudian dipindahkan ke Chiang Mai ekoran krisis politik. -- Bernama.

Taiwan edar baucar beli-belah

TAIPEI: Taiwan semalam mula mengedarkan baucar beli-belah kepada 22.7 juta penduduknya dalam usaha merancakkan ekonomi negara itu.

Setiap penduduk akan menerima baucar bernilai 3,600 dolar Taiwan ($160) tanpa mengira usia mereka. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini