Pages

Monday, January 19, 2009

Dakwaan Sheikh Muszaphar kumpul RM1.2 juta tidak berasas

PUTRAJAYA 19 Jan. - Dakwaan bahawa Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengumpul kekayaan sehingga RM1.2 juta melalui beberapa siri ceramahnya adalah tidak berasas.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili.

Beliau berkata, siasatan kementerian mendapati bayaran yang diterima Dr. Shekih Muszaphar sebelum ini tidak melanggar kontrak yang ditandatanganinya itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan sama ada kontrak Dr. Sheikh Muszaphar akan disambung atau sebaliknya. - Utusan


No comments:

Posting Terkini