Pages

Tuesday, November 18, 2008

SEKILAS - DUNIA

Pengulas radio Filipina dibunuh

MANILA: Seorang lelaki yang menunggang motosikal semalam menembak mati seorang pengulas radio Filipina yang sering mengecam amalan rasuah dalam rancangannya dalam kejadian pembunuhan ketujuh ke atas wartawan di Filipina tahun ini, kata polis.

Lelaki itu melarikan diri selepas menembak Encik Arecio Padrigao, seorang pengulas di Radio Natin, beberapa kali di depan bangunan Universiti Wilayah Bukindon, di bandar Gingoog, di selatan Filipina, kata ketua polis, Ketua Superintenden Teodorico Capuyan. -- AP.

Shui-bian dibawa ke hospital

TAIPEI: Pihak berkuasa telah membawa mantan presiden Taiwan, Encik Chen Shui-bian, dari penjara ke sebuah hospital semalam apabila seorang doktor mengesan denyutan jantungnya tidak tetap selepas beliau mengambil tindakan menjalankan mogok lapar selama lima hari sebagai membantah dakwaan rasuah terhadapnya.

Seorang doktor penjara telah memeriksa Encik Chen, 57 tahun, pada Ahad lalu dan menyarankan beliau dirawat di hospital, kata Encik Lee Ta-chu, seorang pegawai di Penjara Tucheng, tempat Encik Chen diletakkan dalam kurungan seorang diri sejak Rabu lalu sedang para pendakwa menyiasat dakwaan rasuah terhadapnya. -- AP.

Usaha cari 17 pekerja diteruskan

BEIJING: Para pekerja penyelamat semalam terus mencari 17 pekerja yang hilang selepas sebatang lebuh raya terowong yang sedang dibina di timur China roboh, membunuh sekurang-kurangnya empat orang, kata sebuah agensi berita rasmi.

Bahagian jalan raya selebar 250 kaki (76.2 meter) di tapak binaan itu roboh di Hangzhou, sebuah bandar di timur China, Sabtu lalu, mengakibatkan para pekerja terperangkap dan terjadi sebuah kawah besar terbentuk menyebabkan sekurang-kurangnya 11 kenderaan terjunam ke dalamnya. -- AP.

No comments:

Posting Terkini