Pages

Tuesday, November 18, 2008

Kontrak konsesi lebuhraya dideklasifikasikan

Semua syarikat konsesi lebuhraya, kecuali Lebuhraya KL-Putrajaya (KLPE), bersetuju kontrak konsesi mereka dideklasifikasikan, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamad.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di ibunegara hari ini, beliau berkata, Kabinet membuat keputusan tersebut pada 17 Oktober lalu.

Berikutan itu, kerajaan telah memperolehi kontrak konsesi yang telah dideklasifikasi itu dari syarikat-syarikat konsesi lebuhraya, kecuali dari Maju Expressway Sdn Bhd, yang mengendalikan KLPE.

Ditanya sama Maju Expressway enggan mematuhi arahan Kabinet, Mohd Zin berkata, beliau tidak pasti dan syarikat konsesi tersebut belum memberi jawapan.

Menurutnya, deklafikasi itu akan berkuatkuasa selewat-lewatnya 1 Januari depan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada orang awam perlu membeli dokumen tersebut atau mendapatkannya secara percuma.

Parti-parti pembangkang mengkritik kerajaan kerana kerahsiaan perjanjian konsesi tersebut dan dokumen yang dibocorkan menunjukkan kontraknya berat sebelah dan lebih menguntung syarikat pemegang konsesi. -- Malaysiakini


No comments:

Posting Terkini